Friday 17 March 2017

Trip Teratak Riverview

Assalamualaikum semua.. lama gila tacha tak update blog.. hahaha.. sedih giler tgk blog yg dah bersarang ni.. maaf le tacha tak rajin nk update blog ni... so skrg cuba nk aktif blog blek... ok tacha nk story pasal trip yg tacha pergi ni di tanjung malim tapi tempat tu antara tengah-tengah selangor dan perak.. tapi tacha bukan nk story pasal tu... ada benda yang lebih menarik... nak tahu baca sampai habes k. hee..

Pada hari first kami datang mmg masing masing excited kn.. kami sampai je bas berhentikan kami tepi jalan yang ada simpang masuk ke tempat tu.. sbb bas tak boleh masuk kawasan tu sbb jalan kecik.. so kami semua naik lori dah mcm orang pelarian dh.. hahaha.. tempat tu mmg jauh betul daripada pekan.. smpai je tempat tu mmg tak ada line phone.. masing masing gelabah la tak ada line.. aku lg la gelabah sbb tak dapat chat dengan MF.. rindu taw dua hari tak chat.. herm gedik sangat.. sampai kami makan tengahari dlu lepasttu buat aktiviti.. siang kami buat playing fox dan abseiling.. mmg best aku yg penakut ni alhamdulilah jadi berani bila try.. malam kami buat night haaa sini bab seram sbb malam tu salah seorang kawan kami kene rasuk (razlin).. tapi aku tak thu sbb aku pergi night walk.. tapi seriously seram gila.. aku jalan night walk mmg tak pandang kiri kanan langsung sbb takot.. sambil jalan baca je ayat kursi..

Hari kedua pagi kami buat jungle tracking pulak.. mmg best jalan tapi kaki aku masa tu jangan cakap la semalam dh night walk pagi tu jungle tracking mcm nak tercabut dh kaki aku.. masa jalan ada la salah seorang mcm ternampak sesuatu (along)... tapi kami teruskan jgk perjalanan.. sampai je kat tempat kami lepas kuar dari hutan tu makan tengahari/solat dan untuk aktiviti seterusnya.. tapi aku tak dpat join aktiviti seterusnya sbb tak sedap badan dh.. rupanya nak demam aduhai kat situ jgk la nak demamnya pon.. lepas je abes aktiviti dalam nak dekat senja gitu la kawan aku yg hari first kene rasuk sakit sakit badan.. ramai la kawan kawan g urut dia.. tapi keadaan dia makin teruk.. so lecture kami buat keputusan untuk baca yassin lepastu boleh solat magrib sekali.. tapi rupanya keadaan makin teruk... lecture kami suruh semua laki dan pmpuan kumpul kat surau.. baca start baca yassin seorang lg kne rasuk (ika), lepas je ika ni kene, along plak pengsan, lepastu razlin lagi la makin teruk.. ya Allah masa tu mmg serabut gila bayangkan tiga orang kne rasuk.. mmg huru hara.. masa tu mmg kami kne kuat walaupun ape cara sekalipun.. tapi nasib baik antara kami ada yang pandai berubatkan org kene rasuk n tak lama lepastu owner tmpat tu panggil ustaz .. so keadaan makin baik.. tapi kul 2 pagi kawan aku kejut aku dari tidur rupanya dia dengar something atas bumbung.. lepastu elok plak ika bangun rupanya mmg ad something kat dia lg... ya Allah dugaan kami mmg tak abes lagi,, kami yg dorm perempuan mmg semuat ketakotan la.. nasib baik dorm laki sebelah je so boleh la jerit.. budak laki dtg dorm kami baca yassin keadaan baik sedia kala balik alhamdulilah.. esok paginya kami patutnya ada tubing tapi kami dan lecture mintak batalkan sbb kami nak keluar dari kawasan tu secepat mungkin untuk mengelakkan benda buruk belaku... so moral of the story aku ni kita janganlah berseronok di tempat orang, sebaikya bila sampai baca la doa dulu, yang penting niat kne betul.. percaya kepada Allah tu yg penting... sekian la story aku ni.. masa menaip ni pun seram sejuk je rase.. bawah ni gambar masa di sana..


masa nak pergi muka excited je semua haha,,,

 abseiling best gila.. jgn ckp hakak tak berani k..haha

ni time jungle tracking...

No comments:

Post a Comment